expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

23 September, 2014

NGERI...CHOPSTIK TERCUCUK KE HIDUNG TERUS KE OTAK



Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dari China mengalami masa yang amat mencemaskan apabila sebatang penyepit makanan atau chopstik tercucuk ke hidungnya sehingga menembusi hampir tiga inci ke dalam otaknya.

Bapa kepada kanak-kanak tersebut yang bernama Huang Zicheng mengatakan dia tidak tahu bagaimana atau mengapa anak kecil itu mecucuk keseluruhan chopstik itu ke dalam hidungnya

Bayi, dari Wuhan di wilayah Hubei itu dimasukkan ke hospital selepas mencucuk sebatang chopstik jauh dalam hidungnya hingga sampai ke kepala, hingga pakar bedah otak terpaksa mengambil masa selama 4 jam untuk mengeluarkan.

Walaupun, Huang terselamat dan dijangka akan pulih sepenuhnya.

Dalam kes-kes seumpamanya sebelum ini, kebanyakan kanak-kanak mengalaminya ketika berjalan dengan kayu.

Walau bagaimanapun, dalam kes ini bapanya tidak menyedari tindakan kanak-kanak itu ketika dia sedang melakukan beberapa kerja-kerja rumah. Dia hanya menyedari perkara tersebut apabila terdengar Huang menjerit.

Bapa berkata, "Saya berpaling dan terkejut apabila mendapati bahawa chopstik oarang dewasa telah tercucuk hingga ke dalam kepalanya melalui hidungnya."

Imbasan CAT yang dijalankan di hospital mendapati bahawa chopstik tersebut telah termasuk hampir 3 inci ke dalam otak Huang tetapi  nasibnya baik kerana ia tidak merosakkan mana-mana saraf atau arteri utama.

No comments:

Post a Comment