expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 September, 2014

PADAH MAIN BUAIAN KANAK-KANAK!


Inilah padahnya kalau terlalu nakal dan tidak memikirkan akibat daripada sesuatu tindakan. Seorang remaja mengalami saat paling memalukan dalam hidupnya terpaksa apabila terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba selepas dia tersekat pada buaian kanak-kanak selama tiga jam.

Remaja berusia 15 tahun itu tersekat dalam buaian kanak-kanak di taman permainan di Devon, England selepas memasukkan kakinya ke dalam buaian yang kecil itu.

Dia yang pada mulanya berhempas pulas cuba untuk meloloskan diri akhirnya mengambil keputusan untuk memanggil pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membuka buaian tersebut berjaya mengeluarkan remaja berkenaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Devon and Somerset telah memberi amaran kepada orang awam agar tiada lagi yang mengulangi perbuatan remaja terbabit.

"Kami akan meminta orang ramai untuk berhati-hati menggunakan alat permainan yang sesuai mengikut umur," kata jurucakap pasukan bomba.

MALU; REMAJA INI TERPAKSA DISELAMATKAN OLEH PASUKAN BOMBA

No comments:

Post a Comment