expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 September, 2014

PATUNG SYAITAN MISTERI DENGAN AKSI LUCAH DI TENGAH BANDAR



Penduduk tempatan di bandar Vancouver, Canada amat terkejut dengan tersergamnya satu patung syaitan bertelanjang yang penuh misteri.

Lebih menggemparkan apabila patung itu dianggap lucah kerana kemaluannya dilihat dalam keadaan sedang mengalami ereksi.

Patung setinggi 9 kaki itu kelihatan seperti syaitan, lengkap dengan kulit merah, ekor yang tajam dan tanduk di atas kepalanya. Patung ini juga mengangkat satu tangan sehingga dalam keadaan tabik syaitan.

Tetapi apa yang telah menimbulkan kontroversi adalah patung berkenaan juga dipaparkan dalam bentuk tidak sopan dengan kemaluan yang menegang.

Patung syaitan itu telah diletakkan pada hari Selasa di tapak yang sebelum ini merupakan tempat terletaknya patung Christopher Columbus yang telah dibina pada tahun 1986.

Namun patung ini telah dipindahkan ke  Italian Garden di Hastings Park 10 tahun yang lalu.

Kewujudan patung itu sangat misteri kerana tiada siapa yang tahu siapa yang meletakkanya di situ. Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab terhadap kewujudan patung syaitan bogel tersebut.

Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai penguatkuasa bandar telah pun mengalihkan patung tersebut.

PATUNG SYAITAN MISTERI DI TEMPAT AWAM BANDAR VANCOUVER

PATUNG INI AKHIRNYA DIALIHKAN OLEH PEKERJA BANDARAYA

KERJA-KERJA PENGALIHAN PATUNG SYAITAN MISTERI DI VANCOUVER

No comments:

Post a Comment