expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 September, 2014

PELAJAR MALAYSIA TERKANDAS BANJIR INDIA SELAMAT TIBA DI TANAH AIR


Seramai 11 orang pelajar perubatan Malaysia yang terkandas akibat banjir teruk di Jammu dan Kashmir, India telah selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 6:08 pagi ini.

Kesemua pelajar dari universiti perubatan Manipal di Karnataka tiba bersama penerbangan Penerbangan Malindo dari New Delhi, India. Mereka disambut oleh ahli keluarga di dewan ketibaan KLIA2.

Minggu lepas, 11 orang pelajar ini telah dilaporkan terkandas di Awantipora, 30 kilometer (km) dari Srinagar, di Jammu dan Kashmir.

Mereka terkandas di Awantipora berikutan penutupan jalan akibat banjir yang melanda sehingga telah meragut nyawa seramai 450 orang awam.

Kementerian Luar sebelum ini telah mengenal pasti 59 rakyat Malaysia yang terkandas di Jammu dan Kashmir iaitu seramai 40 orang pelajar dan 19 pelancong yang melawat rantau ini.

"Kementerian dan Konsulat Jeneral di Chennai sedang dalam proses mengumpul maklumat lanjut mengenai rakyat Malaysia yang masih di Jammu dan Kashmir," kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan.

Mereka juga akan membantu pemindahan dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia di kawasan yang terlibat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan," demikian menurut kenyataan itu lagi.

No comments:

Post a Comment