expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

24 September, 2014

PEMANDU LORI SAMPAH MAUT DIHEMPAP BATANG BESI


Seorang pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) mati apabila dihempap dengan batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung sebuah kompleks membeli belah di Melaka.

Dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, mangsa Anas Tawi, 55, sedang mengutip sampah di belakang bangunan pusat beli belah itu tidak sempat melarikan diri ketika batang besi kren terbabit jatuh secara tiba-tiba.

Akibat dihempap, mangsa yang juga warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar mengesahkan kejadian dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah berlaku.

Menurutnya, mangsa mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment