expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

13 September, 2014

PENGGALI KUBUR DIGANTUNG KERJA KERANA BERGAMBAR DENGAN MAYAT


Seorang penggali kubur telah digantung kerja manakala keluarganya menerima cemuhan hebat daripada masyarakat selepas dia bergambar dengan mayat seorang lelaki yang meninggal dunia kira-kira 23 tahun lalu.

Gambar penggali kubur itu, Celestino Reyna, 55, bersama satu mayat dan suami kepada anak saudaranya telah dihantar kepada rakan-rakan kerjanya melalui Whatsapp.

Gambar itu kemudiannya terus tersebar di media sosial dan dikongsi secara meluas. Gambar itu akhirnya sampai kepada majikannya yang berjaya mengecam beliau.

"Kami tidak terfikir yang ia boleh memberi kesan yang serius itu dan saya tidak mahu menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap bapa saudara saya," demikian kata anak saudaranya yang memohon maaf atas kejadian tersebut.

Ahli majlis tempatan, Felipe Aldeguer mengesahkan penggali kubur itu telah digantung kerja tetapi tidak fikir bahawa dia akan dipecat.

Kita tahu bahwa keluarga lelaki ini berada di sana  bersamanya dan nampaknya seperti mereka yang menjadi dalang atas perbuatan ini. Lelaki ini hanya menurut kehendak mereka," katanya.

Polis Sepanyol juga mengesahkan bahawa kedua-dua lelaki itu kini menghadapi siasatan mahkamah kerana disyaki menyalahgunakan mayat tanpa pengetahuan pihak majlis.

No comments:

Post a Comment