expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 September, 2014

PEPERIKSAAN PALING SENANG DI UNIVERSITI!


Bagaimana agaknya bentuk peperiksaan pada masa akan datang? Adakah segala jawapan telah tersedia untuk calon? Bolehkah ia dipanggil peperiksaan jika begitu?

Itulah yang terjadi kepada calon pelajar yang menduduki peperiksaan di Universiti Salzburg, Austria apabila mereka mendapati semua jawapan di dalam kertas peperiksaan telah telah pun diisi dan lebih menggembirakan lagi semua jawapan tersebut adalah betul.

Namun begitu, kegembiraan mereka tidak kekal lama selepas pensyarah mereka mengesan kesilapan yang berlaku dan membatalkan peperiksaan tersebut.

Rupa-rupanya kesemua bakal pelajar psikologi  yang menduduki peperiksaan tersebut telah menerima kertas peperiksaan versi pensyarah yang digunakan untuk menandakan kertas.

Menurut Press Agency Austria, semuanya berakhir dengan positif apabila 144 calon yang memohon telah dibenarkan untuk mengikuti kursus ini, walaupun mereka perlu mengulangi peperiksaan tersebut,

No comments:

Post a Comment