expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 September, 2014

PERTANDINGAN RATU CANTIK AYAM


Andai sebelum ini kita biasa kagum dengan para jelitawan dalam pertandingan ratu cantik Miss World, kini kita pasti mengagumi kecantikan ayam-ayam dalam pertandingan ratu cantik antara haiwan ini.

Dalam pertandingan pelik di kota Yichang itu, 7 ekor ayam dipertandingkan dan pemenangnya telah dinobatkan sebagai ayam paling menarik di China sebelum dilelong kepada para penonton.

Gang P'eng, pemilik kepada ayam bernama Mei yang dipilih sebagai pemenang menyifatkan pertandingan itu sebagai 'miskin'

"Saya tidak terkejut dia menang kerana ayam saya ini memiliki kecantikan yang mutlak, "kata petani itu.

Ia adalah satu persaingan yang mudah baginya kerana yang lain tidak mampu menandingi kecantikannya. Ayam saya ini jelas tahu bagaimana untuk menarik perhatian para hakim," tambahnya lagi.

Semua ayam yang dipertandingkan telah diadili berdasarkan pada sifat-sifat seperti ketumpatan bulu, bahagian badan, kaki dan juga sebarang bakat istimewa.

Mei berjaya mencuri tumpuan hakim dan para penonton dengan 'tarian'  muzik tradisional kaum Cina dan ayam ini akhirnya dilelong  pada harga melebihi RM 2655.00

Wang tunai yang didapati daripada lelongan itu kemudiannya didermakan pada badan amal untuk kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment