expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

14 September, 2014

PINTAS UNDANG-UNDANG 45 TAHUN ARGENTINA DAN NAMAKAN ANAK MESSI


Satu pasangan yang baru melahirkan anak lelaki menamakan anak mereka Messi sempena nama ketua pasukan bola sepak Argentina setelah diberi kebenaran tersebut yang memintas undang-undang 45 tahun negara itu yang mengharamkan penggunaan nama akhir sebagai nama pertama.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi mungkin salah seorang tokoh berprofil tinggi di Argentina tetapi disebabkan oleh undang-undang 1969 di negara Amerika Selatan itu, Daniel Varela terpaksa memohon daripada pihak berkuasa bandar untuk diberikan pengecualian undang-undang.

"Kami memberitahu pihak berkuasa bahawa ini merupakan anak kami dan kami mahu menamakannya seperti yang kami ingini. Seorang pegawai pendaftar sivil berkata ia bukanlah masalah mereka tetapi saya terpaksa menulis surat menyatakan mengapa saya mahu memberinya nama itu dan membayar setem, "kata Varela.

"Kami melakukannya dan akhirnya mendapat kebenaran," katanya ketika keluarga tersebut mempamerkan sijil kelahiran kanak-kanak itu dengan nama penuhnya, Messi Daniel Varela.

Bayi itu mempunyai seorang kakak yang akan akan dinamakan Messi sekiranya dia dilahirkan lelaki.

"Kami mempunyai seorang anak perempuan yang berusia lima tahun yang sepatutnya dinamakan Messi tetapi dia adalah bayi perempuan. Akhirnya, terima kasih kepada Tuhan, Messi tiba," kata Varela yang tinggal bersama keluarganya di General Roca di wilayah Patagonian Rio Negro.

Messi membawa Argentina ke perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil pada bulan Julai di mana mereka kalah kepada Jerman 1-0 selepas masa tambahan di Stadium Maracana di Rio de Janeiro.

No comments:

Post a Comment