expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 September, 2014

RESTORAN BERKONSEPKAN PENJARA YANG PENUH KELAINAN



Pelbagai cara dilakukan oleh para pemilik restoran untuk menarik pengunjung ke restoran mereka. Menarik minat pelanggan bukan perkara mudah. 

Namun, bagi pemilik restoran di Taiwan, mereka sentiasa mempunyai idea unik untuk menarik pelanggan.

Selepas pelbagai restoran dibuka dengan tema seks dan tandas, kini muncul pula restoran yang bertemakan penjara.

Pemilik restoran di Tianjin itu berkata, dia menciptanya untuk membolehkan tetamu menghargai kebebasan yang mereka kecapi. Setiap ruang makan diletakkan dalam sel berasingan yang dibuat daripada jeriji besi.

Rekaan dalaman menyerupai bilik kurungan di dalam air atau bertemakan penjara. Saiznya bergantung kepada jumlah pelanggan yang menghadiri majlis jamuan yang diadakan. 

Namun, seperti biasa memang menjadi lumrah kehidupan apabila setiap perkara dinilai manusia dengan cara berbeza. Bagi restoran ini, nyata sekali yang tidak semua individu menyambut idea itu dengan baik.
Seorang pengguna laman sosial menulis: “Pemilik restoran ini pastinya pernah dipenjarakan. Dia mempunyai persepsi tersendiri selepas keluar dari penjara,” 

Ada pula yang menulis: “Sudah pasti mereka yang makan di sini akan merasa tertekan,”

PANDANGAN ATAS DI DALAM RESTORAN PENJARA 
PENGUNJUNG YANG SEDANG MENJAMU SELERA DALAM 'PENJARA'

No comments:

Post a Comment