expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

SALIB DIRI DAN JAHIT MULUT KERANA PROTES BUANG KERJA



Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay telah bertindak menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.

Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.

Selain menyalib dirinya, rakan mereka, Clemente Lovera juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenarkan untuk kembali bekerja.

Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil berbaring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.

Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: "Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan," 

Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay.

No comments:

Post a Comment