expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

11 September, 2014

SALJI SUKARKAN SIASATAN NAHAS MH17


Pasukan penyiasat ketiga nahas MH17 di Ukraine mempunyai 45 hari untuk masuk ke lokasi kemalangan MH17 di Donetsk sebelum salji pada musim sejuk menyukarkan siasatan yang kini sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, 30 anggota Polis Diraja Malaysia masih terkandas di Kiev, ibu negara Ukraine dan tidak dapat memasuki kawasan nahas kerana ia masih dianggap tidak selamat.

Sekatan itu juga dikenakan untuk pasukan dari Australia dan Belanda yang masih menunggu untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari tapak nahas, walaupun setelah perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani oleh kerajaan dan tentera pemberontak Ukraine di timur negara itu.

"Kami akan menunggu masa yang sesuai bagi pasukan kami untuk meneruskan siasatan," katanya dalam satu sidang akhbar.

"Kami perlu memasuki lokasi kemalangan secepat mungkin kerana musim sejuk dijangka tidak lama lagi dan ia pasti menyukarkan untuk mendapatkan bukti yang akan tertimbus di bawah salji tebal," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment