expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 September, 2014

SANGGUPKAH ANDA MAKAN UDANG LIPAN SEBESAR INI?


Pasti ramai penggemar udang lipan di luar sana, namun berapa besarkah saiz udang lipan yang pernah anda nikmati? Sanggupkah anda memakannya jika ia bersaiz gergasi?

Anda seharusnya mempunyai selera yang benar-benar besar untuk menjamah udang sepanjang 18-inci ini yang berjaya ditangkap di Florida

Udang gergasi ini telah berjaya ditangkap oleh satu pasangan yang sedang memancing ikan di Florida Fort Pierce.

Seorang pemancing di kawasan itu, Steve Bargeron, secara berseloroh menamakan tangkapan itu sebagai 'makhluk asing' sebelum ia disahkan sebagai 'mantis shrimp' atau udang lipan.

Menurut Sains Live, Steve Bargeron mendapat udang tersebut daripada pasangan berkenaan selepas mereka berkata bahawa mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan terhadapnya .

Steve memutuskan untuk tidak membawanya pulang ke rumah disebabkan oleh saiznya yang menakutkan itu dan hanya berniat untuk mengambil gambar makhluk gergasi itu.

MENAKUTKAN...SANGGUPKAH ANDA MAKAN UDANG LIPAN BERSAIZ GERGASI INI?

No comments:

Post a Comment