expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 September, 2014

TUAH SELFIE HARI PERKAHWINAN


Sekeping gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Selfie Dunia.

Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.

Menurut Robinson, segalanya bermula dengan hanya sekadar rakaman gambar untuk keseronokan, tetapi juruukur binaan itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di internet.

“Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan iPhone,” katanya.

Dia kemudian menghantar penyertaannya. Isterinya, Sally yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Royal Preston berkata dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan.

Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State. Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu.

Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka.

No comments:

Post a Comment