expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 September, 2014

WANITA SARAT MENGANDUNG MAUT DIGILIS KERETA API


Seorang wanita yang sarat hamil 7 bulan ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, pagi tadi.

Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badan dan janinnya ditemui dan dipercayai telah dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya isteri saya ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi," kata Saiful.

"Saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Tidak berapa lama selepas itu seorang rakan memaklumkan bahawa ada orang digilis kereta api sebaik sahaja mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi.

Mereka kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan Saiful amat terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua yang dijangka dalam tempoh 2 bulan lagi.

Beliau juga memeberitahu bahawa isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment