expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 September, 2014

WARGA NEPAL SEMBELIH DIRI


Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut pabila menemui rakan senegaranya yang tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru, Selangor semalam.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, yang juga merupakan seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian mangsa bangun daripada tidur pada jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran.

Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara yang berusia 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas pada pukul 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik.

Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang pada pukul 10 pagi. Namun dia amat terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher.

No comments:

Post a Comment