expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 October, 2014

2 REMAJA DIKHUATIRI LEMAS KETIKA MEMANCING


Dua remaja dikhuatiri lemas ketika memancing di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Sungai Petani, semalam.

"Sebelum kejadian itu, Mohd Izammi sempat berseloroh bahawa hari ini (semalam) adalah hari terakhirnya bersama kami semua," kata Mohd Syazwan Jamil, 17, rakan kepada dua pelajar terbabit.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Mohd Hazwan Shaudin dan Mohd Izammi Ahmad Husaini, masing-masing berusia 16 tahun, dikhuatiri lemas ketika memancing di pantai berkenaan.

Empat lagi rakan mereka yang turut memancing ialah Mohd Syazwan, Mohd Saiful Anuar Abd Razak, Mohd Syazmi Jamil dan Mohd Afiq Syazwan, yang juga semuanya berusia 16 tahun.

Menurut rakannya, pancing milik Hazwan tersangkut pada kayu lalu mangsa terjun ke dalam laut bagi menanggalkannya namun secara tiba-tiba mangsa ditarik air.

Rakannya, Izammi yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bergegas terjun ke dalam laut bagi membantu menarik rakannya namun dia turut ditarik air.

No comments:

Post a Comment