expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 October, 2014

5 LAGI MAYAT MANGSA MH17 SELAMAT TIBA


Keadaan tenang dengan cuaca yang mendung dan berangin menyambut ketibaan 5  jenazah termasuk abu mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia MAS (MH17) di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

5 mangsa rakyat Malaysia itu ialah Muhammad Afruz Tambi, pasangan suami isteri iaitu Lee Kiah Yeen dan Liew Yaw Chee, Mathew Ezekial Sivagnanam dan Meling Anak Mula.

Istiadat bermula dengan pergerakan pesawat MAS MH19 yang membawa jenazah dan abu mayat mangsa masuk ke landasan Kompleks Bunga Raya KLIA dan berhenti pada jam 8.38 pagi.

Seterusnya jenazah dan abu mayat mangsa dibawa keluar  dari pesawat serta diusung masuk ke dalam van jenazah yang disediakan.

Hadirin yang berada pada Istiadat Penerimaan Jenazah diminta berdiri dan bertafakur selama seminit mengikut agama masing-masing pada jam 8.58 pagi dan selepas itu, van jenazah lalu di hadapan tetamu yang hadir.

Van yang membawa abu mayat suami isteri, Liew dan Lee dibawa terus ke Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, manakala jenazah Mathew dibawa ke kediaman warisnya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Dua pesawat C130 yang membawa jenazah Muhammad Afruz dan Meling berlepas ke Kuching dan Bintulu, Sarawak dari Kompleks Bunga Raya masing-masing pada jam 9.43 pagi dan 9.45 pagi.

Hadir sama menyaksikan Istiadat Penerimaan Jenazah ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

No comments:

Post a Comment