expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 October, 2014

AWAS LELAKI...VIAGRA BOLEH MENYEBABKAN BUTA!


Satu kajian yang telah dijalankan baru-baru ini mengaitkan pil Viagra terhadap kehilangan penglihatan.

Penyelidik Australia mendakwa ramuan dalam ubat anti-mati pucuk itu boleh menjejaskan penglihatan lelaki terutamanya bagi mereka yang cenderung mengalami masalah mata akibat keturunan.

Walau bagaimanapun, bahan yang sama juga boleh memberi kesan kepada pengguna dengan penglihatan normal.

Satu teori yang dibuat menunjukkan kewujudan enzim yang memancarkan isyarat cahaya dari retina ke otak.

Sildenafil iaitu bahan aktif dalam Viagra dikatakan menghalang enzim ini, dan sebelum ini telah menyebabkan masalah penglihatan sementara antara beberapa pengguna.

Para doktor kini percaya ia boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada lelaki yang menghidap pigmentosa Retinitis, satu keadaan keturunan yang jarang berlaku yang menyebabkan sel-sel dalam retina merosot dan mati.

Kajian telah dijalankan menggunakan tikus. Para penyelidik mendapati bahawa walaupun tikus membawa satu salinan gen mutan untuk Retinitis Pigmentosa, namun ia tetap mengalami kemerosotan penglihatan akibat keletihan.

Walaupun terdapat penemuan kesan sampingan terbaru ini, viagra akan terus memenuhi tujuan yang telah ditetapkan. Jadi, anda masih akan dapat untuk memiliknya walaupun penglihatan anda yang terjejas tidak mampu 'melihat' kesan sampinganya ini.

No comments:

Post a Comment