expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

MOTO


Translate

02 October, 2014

KANAK-KANAK MAUT JATUH DARI BALKONI TINGKAT 13



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters kakitangan awam 5R2, Presint 5, Putrajaya, tengah malam tadi.

Mangsa yang sebagai Megat Arif Hussein Megat Irwan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan sedang tidur seorang diri di dalam bilik manakala bapanya turun ke tempat letak kereta untuk mengambil ibunya yang berkerusi roda. Mangsa dikatakan terjaga ketika itu dan pergi ke balkoni berkenaan sebelum terjatuh.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum menjalani proses bedah siasat di hospital sama pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

No comments:

Post a Comment