expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 October, 2014

PADAH MENCURI DI PENCAWANG TNB


Seorang lelaki bukan sekadar gagal mencuri peralatan di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) malah menanggung azab apabila badannya melecur 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik di Bachang, Melaka, semalam.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang melecur ditemui orang awam ketika sedang berlari dari kawasan pencawang ke warung berhampiran dalam keadaan tubuh berasap untuk meminta bantuan.

"Melihat keadaan tubuh dan pakaian lelaki itu yang kehitaman, orang awam menyangkakan dia terjatuh ke dalam longkang, namun sebaik didekati tubuhnya berbau hangit.

"Disyaki lelaki itu terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri peralatan di dalam pencawang kerana beberapa barangan antaranya basikal dan beg galas mengandungi telefon bimbit serta gunting dipercayai miliknya ditemui di dalam pencawang terbabit," katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment