expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

02 October, 2014

PELAJAR PARAH JATUH DARI TINGKAT 3 KORIDOR SEKOLAH


Seorang murid lelaki tahun 6 parah dan kini dirawat dalam keadaan tidak sedarkan diri di Wad Kecemasan Hospital Keningau selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip, Keningau.

Dalam kejadian pada pukul 9.55 pagi itu, Dylause Dionel parah di kepalanya selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat 3 bangunan sekolah berkenaan.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudiannya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak sekolah yang tidak memaklumkan kepadanya berhubung kejadian itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau Asisten Superintendan Merbin Ak Lisa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian berkenaan.

No comments:

Post a Comment