expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 October, 2014

PEROMPAK NINJA DIBERKAS



Seorang perompak yang menutup muka ala ninja diberkas polis ketika sedang menyorok di bawah jambatan selepas merompak dan memukul kepala dua beranak awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 1.15 pagi semalam, suspek yang berusia 39 tahun itu menceroboh masuk sebuah rumah di Kampung Changkat, Gombak, untuk merompak namun gagal berikutan kehadirannya disedari pemilik kediaman.

Susulan itu suspek yang bekerja sebagai tukang baiki rumah bertindak ganas menyerang mangsa menggunakan batang besi hingga menyebabkan mangsa cedera.

Serangan itu menyebabkan pemilik rumah wanita berusia 40-an cedera di kepala dan menerima 12 jahitan sementara anak lelakinya berusia lima tahun menerima tiga jahitan di kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata bahawa suspek masuk ke dalam rumah itu melalui siling tandas ketika mangsa sedang tidur di bilik.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tersedar dan terkejut sejurus melihat suspek bertopeng berdiri di sebelah katil.

No comments:

Post a Comment