expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 October, 2014

REMAJA TIKAM KEKASIH IBU WARGA NEPAL


Seorang remaja lelaki yang tidak dapat mengawal kemarahan apabila mendapati seorang lelaki warga Nepal yang dipercayai kekasih ibunya berada dalam rumah mereka di Taman Bersatu, Kulim bertindak menikam mangsa di dada kirinya sehingga mati, awal pagi semalam.


Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Kamal Singh, 27, berada di rumah wanita berusia 37 tahun itu sambil berbual di ruang tamu rumah berkenaan, manakala dua anak perempuan wanita berkenaan yang berusia 6 dan 17 tahun tidur dalam sebuah bilik.

Menurut laporan, mangsa dan wanita berkenaan merupakan rakan sekerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim, sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, ketika mangsa berada di ruang tamu bersama wanita terbabit, anak lelaki wanita berkenaan yang berusia 18 tahun baru pulang bersama rakannya dan terkejut melihat mangsa berada di dalam rumah bersama ibunya.

No comments:

Post a Comment