expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 October, 2014

SAKSIKAN KEMAHIRAN BERSOLEK LUAR BIASA LELAKI INI


Umum mengetahui kuasa solekan dan bagaimana sesuatu solekan itu mampu mengubah rupa paras seseorang namun anda pasti kagum dengan kemampuan seorang lelaki ini mengubah dirinya menjadi watak berbeza hanya melalui solekan.


Pelakon berusia 31 tahun dan pengacara TV Paolo Ballesteros merupakan seorang pakar dalam mengubah dirinya menjadi selebriti perempuan dari seluruh dunia - termasuk Miley Cyrus, Taylor Swift, Beyonce, Katy Perry, Jennifer Lawrence, Julia Roberts dan banyak lagi.

Percaya atau tidak, tiada penggunaan Photoshop dalam semua gambar-gambar yang dirakam ini. Paolo hanya menggunakan rambut palsu, alat solek, dan kanta lekap berwarna untuk melengkapkan transformasi dirinya yang amat menakjubkan.

Paolo merupakan pengacara rancangan TV popular di Filipina yang dikenali sebagai 'Eat Bulaga'. Transformasi dirinya sebenarnya bermula hanya sebagai satu segmen dalam rancangan itu iaitu Super Sereyna, di mana dia akan mengagumkan penonton dengan kemahiran menyoleknya. 

Paolo mendedahkan bahawa dia mempelajari kemahiran itu secara sendiri. Dia belajar untuk mengenakan alat solek dengan menonton tutorial YouTube, dan dia boleh melakukan segalanya dengan sendiri.

Saksikan antara hasil solekan yang telah mengubah dirinya menjadi selebriti terkenal dunia.

JENNIFER LAWRENCE
ARIANA GRANDE
KATY PERRY
KRISTEN STEWART
MEGAN FOX
LUCY LIU
KIM KARDASHIAN
ANGELINA JOLIE
PAOLO MEMILIKI KEMAHIRAN SOLEK LUAR BIASA YANG MENAKJUBKAN

No comments:

Post a Comment