expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 December, 2014

BAKAL BAPA KINI BOLEH MERASAI SAKIT BERSALIN


Apabila satu kajian di China mendedahkan bahawa ibu-ibu mengandung mahu lebih empati dari pasangan mereka, pihak Hospital Bersalin Aima di timur negara itu muncul dengan idea yang hebat iaitu 'Pain Experience Camp'


Kem ini menawarkan bakal bapa peluang untuk mengalami kesakitan melahirkan anak dengan memberi mereka kejutan elektrik melalui pad khas yang diletakkan di atas perut mereka. Kejutan elektrik ini akan mensimulasikan rasa seperti sakit bersalin yang disebabkan oleh kekejangan otot.

Servis menyakitkan ini telah dimulakan sejak bulan November dan hingga kini lebih 300 orang telah mendaftar.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga pihak Hospital  Aima kini membuka gerai di pusat membeli-belah Shi Mao sebagai tambahan kepada sesi percuma 2 kali seminggu di hospital berkenaan.

Setiap sesi berlangsung selama kira-kira 5 minit, di mana jururawat akan secara beransur-ansur meningkatkan intensiti kejutan antara skala 1-10.

"Apabila anda sampai ke tahap 10, anda benar-benar tidak dapat membezakan antara kesakitan 9 dan 10," kata seorang lelaki bernama Ning yang baru-baru ini melalui pengalaman itu sebagai sokongan terhadap isterinya yang sedang sarat mengandung.

Menurut Pengurus Besar Hospital Aima, Wu Ningxing, beberapa wanita hamil sebenarnya cukup gembira dengan perkhidmatan kem tersebut. Simulasi itu seolah-olah sangat relevan di China, di mana lelaki telah sekian lama disukai dalam masyarakat.

Jadi sesi tersebut memberikan sekilas pengalaman tentang sakit yang dilalui wanita semasa melahirkan anak agar wanita lebih dihargai di negara berkenaan.

Seorang peserta, Wu Jianlong, yang dapat menahan kesakitan sehingga ke tahap 10 telah menjerit kesakitan sehingga menggenggam penumbuk. Namun dia akhirnya meminta jururawat untuk berhenti kerana tidak tahan dengan kesakitan tersebut.

WANITA CHINA KINI GEMBIRA DENGAN PENGALAMAN SAKIT BERSALIN DIRASAKAN SUAMI MEREKA
RAMAI LELAKI YANG TIDAK MAMPU BERTAHAN DENGAN RASA SAKIT BERSALIN INI
ADA YANG MENITISKAN AIR MATA MENAHAN KESAKITAN 

No comments:

Post a Comment