expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 December, 2014

BAND GILA YANG AKAN MENCACAH TATU SEMASA KONSERT


Dihiburkan dengan muzik kegemaran adalah antara tujuan utama menonton sesebuah konsert namun berbeza halnya dengan sebuah band rock terkenal dari Belgium.

Menghadiri konsert Tat2noiseact pastinya menjadi pengalaman yang paling pelik dalam hidup. Ini kerana, selain persembahan muzik anggota kumpulan ini juga pada masa yang sama akan mencacah tatu pada diri mereka sendiri.


Aksi mereka akan bermula dengan jeritan rawak oleh penyanyi utama Phil, manakala ahli kumpulan yang lain akan bermain muzik seperti biasa. Kemudian anggota band ini akan mula mencacah tatu pada diri mereka atau antara satu sama lain dan jeritan akan menjadi semakin kuat. 

Pada satu peringkat, yang terdengar hanyalah bunyi mesin tatu yang dimainkan kuat melalui sistem kawalan bunyi semasa konsert. Ketika ini, semua yang menyaksikan seolah-olah berada dalam khayalan menikmati bunyi tersebut sambil menonton anggota kumpulan ini mencacah tatu di badan.

"Tiada apa yang konvensional dalam aksi kami. Semuanya spontan dan dilakukan mengikut kemahuan kami. Tiada peraturan, tiada apa yang dirancang dan segalanya sangat natural," kata salah seorang anggota kumpulan ini.

Walaupun kebanyakan orang membuat tatu dengan sesuatu maksud yang mendalam atau simbol yang bermakna, band ini tidak mencacah apa-apa yang masuk akal. 

Kulit pada badan mereka dicacah dengan contengan secara rawak dan calar yang tidak mengikuti pola. Phil kini mempunyai jumlah tatu paling banyak kerana dia hidup dengan moto; 'Kulit saya seperti sebuah buku lakaran'

"Kami adalah kami dan Tat2noise merupakan satu provokasi yang besar. Tidak ada yang dirancang dan ia adalah gaya bebas," jelas Phil.

Phil sedar hakikat bahawa dia akan kehabisan ruang pada kulitnya pada satu masa nanti, tetapi dia mengatakan bahawa ia akan mengambil masa. Sehingga itu, rancangannya adalah untuk terus mencacah tatu semasa konsert.

"Ia adalah satu karya seni yang sentiasa berubah-ubah seperti apa yang saya lakukan semasa konsert," katanya lagi.

AKSI TAT2NOISEACT SEMASA KONSERT MEREKA
CACAHAN TATU PADA BADAN PHIL YANG BERUPA CONTENGAN RAWAK

No comments:

Post a Comment