expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

29 December, 2014

BERSELFIE DENGAN MAYAT DAN UPLOAD DI FACEBOOK


Seorang wanita mengaku bahawa dia telah membiarkan mayat sahabatnya selepas sahabatnya itu mati akibat pengambilan dadah berlebihan.

Namun, apa yang lebih teruk daripada itu adalah dia didakwa telah berselfie dengan mayat sahabatnya itu, Dennis Meyer, 30, sebelum memuat naik gambar tersebut di Facebook.

Chelsie Berry, 24, memberitahu pegawai bahawa dia dan seorang lagi rakannya yang sama-sama menagih  dadah, Jared Prier, tidak berani untuk memanggil ambulans bagi membantu rakan mereka kerana mereka berdua sedang gian di bawah pengaruh amfetamin dan Xanax.

Chelsie yang berasal dari Missouri, telah dilaporkan telah meninggalkan mayat Dennis Meyer di jalan masuk sebuah rumah pedalaman yang jauh dari tempat mereka mengambil dadah.

Rakan Chelsie, Jared Prier , 28, yang didakwa bersama Berry untuk jenayah yang sama pada bulan Ogos lalu walau bagaimanapun telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

No comments:

Post a Comment