expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

31 December, 2014

BUDAK 2 TAHUN TERTEMBAK IBU SENDIRI


Dalam satu kejadian tragis, seorang budak lelaki berusia 2 tahun dengan tidak sengaja tertembak mati ibunya selepas mengambil pistol dari dompet ibunya semasa mereka sedang membeli-belah di pusat beli belah Walmart di Amerika Syarikat.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Veronica J Rutledge telah membeli-belah dengan 4 orang kanak-kanak di rangkaian Walmart di Hayden, Idaho.

Menurut polis, anaknya yang berusia 2 tahun telah menyelongkar dompet wanita itu dan dengan tidak sengaja menarik picu hingga melepaskan tembakan pada ibunya.

Pihak berkuasa berkata anak kecil itu didudukkan di dalam troli membeli-belah ketika mengambil pistol dari dompet ibunya. Ketika tembakan dilepaskan, wanita dan kanak-kanak yang lain berada di belakang kedai berhampiran dengan barangan elektronik.

Kesemuanya anak-anaknya yang lain berusia di bawah sebelas tahun yang menyaksikan tembakan yang berlaku telah disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Rutledge itu bukan berasal dari kawasan berkenaan dan berada di situ untuk bercuti.

Rakaman video di pusat beli belah itu berserta dengan testimoni saksi membantu pihak berkuasa untuk mengklasifikasikan kes itu sebagai satu kemalangan.

Pihak Walmart dalam satu kenyataan berkata, "Satu kejadian yang amat menyedihkan berlaku di premis kami yang melibatkan kematian seorang pelanggan wanita. Kami memberi bekerjasama sepenuhnya dengan timbalan Sheriff Kootenai County bagi menyiasat perkara ini,"

No comments:

Post a Comment