expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 December, 2014

CARA KELUARGA TERBESAR DI UK SAMBUT CHRISTMAS


Kita biasa melihat bagaimana krismas disambut oleh penganut agama kristian yang rata-ratanya dengan bilangan ahli keluarga yang kecil. Ini amat tepat sekali terutamanya bagi masyarakat barat yang tidak sukakan anak yang ramai.


Namun berbeza halnya dengan satu pasangan di UK ini yang mempunyai 16 orang anak. Mungkin jarang kita dengar, namun pasangan Sue dan Noel Radford ini merupakan pasangan dengan keluarga terbesar di Britain dengan 16 orang anak dan Sue kini sedang hamil anak ke-17 mereka.

Pada tahun ini pasangan ini menyediakan makan besar untuk Krismas bagi 22 orang iaitu untuk kesemua anak mereka, menantu serta 2 orang cucu.

Sambutan Krismas amat memenatkan bagi pasangan ini yang akan mula membeli hadiah untuk Krismas sejak September lagi dan selama sebulan mereka akan menghabiskan selama 2 jam sehari untuk membungkus hadiah untuk anak-anak.

Setiap anaknya akan menerima 4 hadiah dan kesemua hadiah yang dibungkus akan disimpan di basement rumah mereka. Kos perbelanjaan untuk Krismas pada bulan ini sahaja mencecah sekurang-kurangnya £ 1,000 (RM5, 445.80)
Bagi penyediaan hidangan istimewa sempena Krismas pula, sebanyak 10 kg ayam belanda, 7 kg ubi kentang dan 50 hidangan roti diperlukan mereka. Pasangan ini mula bangun untuk menyediakan hidangan tersebut seawal pukul 1.00 am.

Walaupun mempunyai keluarga yang besar, bagi sambutan Krismas, setiap anak mereka akan dapat dududk di kerusi masing-masing dan menikmati hidangan bersama.

Pasangan Sue dan Noel merupakan kekasih sejak zaman kanak-kanak dan Sue mula mengandung anak pertama mereka, Chris pada usia 14 tahun. Kini selepas 25 tahun mereka masih bahagia bersama dan seperti kebiasaan Sue hamil lagi seperti kebanyakan sambutan Krismas mereka.

Walaupun penat dengan segala persediaan, pasangan ini adalah antara keluarga yang dapat menyambut Krismas dalam suasana paling meriah dengan anak-anak yang ramai.

Siapa kata hanya masyarakat kita sahaja yang sukakan anak ramai? Jelas sekali, ada juga masyarkat barat yang gemarkan keluarga yang besar.

PASANGAN NOEL DAN SUE RADFORD MASIH BAHAGIA BERSAMA SELEPAS 25 TAHUN
MENGUPAS 7 KG KENTANG BAGI PENYEDIAAN HIDANGAN ISTIMEWA KRISMAS
15 STOKIN HADIAH SANTA UNTUK ANAK-ANAK KECIL PASANGAN RADFORD
PASANGAN RADFORD DAN 16 ORANG ANAK, MENANTU DAN 2 ORANG CUCU MEREKA



No comments:

Post a Comment