expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 December, 2014

KANAK-KANAK BUNUH SUAMI DENGAN RACUN TIKUS


Seorang kanak-kanak perempuan Nigeria berusia 14 tahun menghadapi hukuman mati kerana didakwa membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus.

Pihak pendakwa raya mengatakan bahawa Wasila Tasi'u, yang berasal dari keluarga miskin di luar bandar di utara negara tersebut telah mencampurkan makanan suaminya, Umar Sani dengan racun tikus yang berkemungkinan disebabkan dia menyesali perkahwinannya dengan lelaki itu pada bulan April lepas.


Dia juga dituduh membunuh 3 individu lain, yang dikatakan telah meninggal dunia secara tiba-tiba selepas menjamah makanan yang sama yang disediakan untuk upacara sambutan selepas perkahwinan mereka di kampung Unguwar Yansoro.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu telah menimbulkan kemarahan para aktivis yang mendakwa bahawa seorang gadis bawah umur yang berkahwin dengan lelaki berusia 20 tahun lebih tua harus dianggap sebagai mangsa.

Kes itu dibuka semalam dengan kenyataan saksi iaitu seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang mengatakan dia telah diberikan wang dan disuruh membeli racun pada hari yang sama Sani meninggal dunia.

Wasila menandatangani pengakuan bunuh di mahkamah dengan cop jari kerana tidak tahu membaca. Jika dia didapati bersalah, Wasila boleh menjadi kanak-kanak yang pertama di Nigeria yang dijatuhkan hukuman mati.
WASILA TASI'U BERHADAPAN HUKUMAN MATI KERANA MERACUN SUAMINYA
SANI GARBA, BAPA KEPADA UMAR SANI YANG DIBUNUH MENUNJUKKAN GAMBAR MENANTUNYA
IBU BAPA WASILA TURUT BERADA DI MAHKAMAH UNTUK MENDENGAR KES ANAK MEREKA

No comments:

Post a Comment