expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 December, 2014

KIM KARDASHIAN JANTAN YANG EKSTREM!




Manusia adakalanya sanggup melakukan pelbagai perkara gila untuk memuaskan hati sendiri. Inilah yang dilakukan oleh seorang make-up artis Britain, Jordan James Parke.

Dia yang amat menggilai Kim Kardashian membelanjakan kira-kira $ 150,000 (RM 523,410.00) untuk menjalani prosedur kosmetik supaya dia boleh kelihatan idolanya itu. Jordan telah menjalani lebih 50 pembedahan termasuk botox, bibir dan fillers pipi, tatu kening dan laser rambut.


Jordan memberitahu bahawa dia menjadi amat obses dengan bintang siri realiti TV 'Keeping Up with the Kardashians' selepas menonton hanya satu episod program itu. 

"Saya suka segala-galanya tentang Kim. Dia adalah wanita paling cantik dengan kulit, rambut dan segala-gala tentangnya yang amat sempurna," kata lelaki itu.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa pembedahan yang dijalaninya, Jordan, kelihatan seperti versi Kim Kardashian yang berlebihan dan ini membawa pelbagai kritikan hebat terhadapnya namun dia langsung tidak kisah malahan amat menyukai rupanya sekarang.

Dengan rupa yang dimiliki sekarang, lelaki itu masih belum selesai dengan transformasi dirinya yang ekstrem. Seterusnya dia dijadualkan untuk mengubah hidungnya dan juga bibir.

Selain wajah, Jordan juga cuba meniru artis itu semua segi. Bukan hanya prosedur kosmetik, dia juga membelanjakan puluhan ribu untuk membeli pelbagai barangan berjenama yang digunakan Kim seperti pakaian dan beg berjenama seperti Prada, Chanel dan Louis Vuitton.

WAJAH JORDAN SEBELUM TRANSFORMASI KIM KARDASHIAN YANG BEGITU EKSTREM
RUPA JORDAN MENDAPAT KRITIKAN HEBAT KERANA DIKATAKAN VERSI KIM YANG MELAMPAU
Add caption

JORDAN JUGA BERBELANJA BESAR UNTUK BARANGAN BERJENAMA YANG DIGUNAKAN KIM



No comments:

Post a Comment