expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

25 December, 2014

MENAKJUBKAN...BADAN PALING LENTUR DI DUNIA!


Zlata, seorang wanita jelita berambut perang memegang rekod dunia kerana kemahiran melenturkan badan yang sangat luar biasa.

Imej-imej yang menakjubkan ini menunjukkan bagaimana Zlata, wanita paling lentur di dunia beraksi melenturkan tubuhnya untuk hiasan dalam kalendar 2015.



Wanita kelahiran Rusia ini membuat pelbagai aksi dalam posisi paling ekstrem dengan berpakaian jumpsuit berwarna emas yang pastinya amat mengagumkan.

Lihat saja pelbagai posisi mustahil yang dilakukannya bagi menghiasi kalender tahun 2015 ini. Tidak hairanlah dia berjaya memecah rekod dunia dan diberi jolokan wanita paling lentur di dunia.

Zlata, atau nama sebenarnya Julia Guenthel, telah mula melenturkan badannya sejak dia berusia 4 tahun. Bekas Gimnas berusia 28 tahun ini, kini menetap di Jerman di mana dia berlatih setiap hari untuk mengekalkan fleksibiliti dan tahap kebolehlenturannya.











No comments:

Post a Comment