expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

31 December, 2014

NAH..TAK PAYAH PENING KEPALA! WEBSITE KHAS MENYELESAIKAN KIUB RUBIK


Bagi yang gemarkan permainan bebentuk cabaran minda, kiub rubik pastinya satu item yang harus dicuba. Namun, bagi sesetengah individu, kiub rubik ini benar-benar memeningkan kepala.

Jika anda masih belum dapat menyelsaikan padanan warna bagi kiub rubik, kini anda tak perlu bimbang lagi kerana segala rahsia penyelesaian kiub ini telah dibongkar secara online.

Seseorang yang sangat kreatif telah mereka satu lawan web khas yang akan membantu anda menyelesaikan kiub rubik.

Rubiksolve.com memberi panduan bagi kiub rubik dalam posisi semasa anda dan seterusnya memberi arahan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan beberapa pergerakan yang sesuai.

Ia juga menerangkan cara untuk menyelesaikan kedudukan 'superflip' paling mencabar yang biasanya dianggap konfigurasi yang paling sukar untuk menyelesaikan kiub Rubik.

Pencipta laman web itu berkata, ia menggunakan 'Kociemba algoritma' untuk menyelesaikan apa jua jenis kiub Rubik dengan cara matematik.

Golongan sasaran bagi laman web ini adalah mereka yang tidak mahu belajar bagaimana untuk menyelesaikannya sendiri, dan hanya mahu kiub tersebut diselesaikan.

Jadi, bagi yang malas berfikir dan ingin penyelasaian mudah, laman web ini adalah jawapannya apabila anda bermain dengan kiub rubik.

Rubiksolve.com memberi panduan bagaimana anda dapat menyelesaikan kiub rubik dengan mudah

No comments:

Post a Comment