expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

30 December, 2014

PERKAMPUNGAN ORANG NYANYUK


Penyakit nyanyuk atau Alzheimer memang sukar dirawat dari segi perubatan dan ia dianggap normal pada satu peringkat usia. Namun, mutasi genetik luar biasa yang berlaku telah menjadikan sebuah perkampungan kecil di Colombia sebagai pusat penyelidikan Alzheimer.

Yarumal, yang terletak di bandar Antioquia di Colombia, mempunyai kadar penyakit Alzheimer yang tertinggi di dunia yang mana di Yarumal, penyakit Alzheimer bukan hanya terjadi pada warga tua tetapi lebih banyak mengganggu golongan muda.

Sehingga kini, kebanyakan ujian dan rawatan Alzheimer telah memberikan tumpuan kepada pesakit-pesakit yang sudah mempunyai penyakit itu dan bukannya untuk mencegahnya. Yarumal menyediakan saintis dengan peluang penyelidikan yang unik.

Disebabkan kebanyakan orang menghidap Alzheimer selepas usia 60 tahun, percubaan untuk mencegahnya menimbulkan masalah logistik yang besar.

"Ia memerlukan terlalu ramai sukarelawan kesihatan dan tempoh yang lama untuk menilai ujian," kata Eric Reiman, pengarah eksekutif Institut Banner Alzheimer, yang menjalankan kajian penyelidikan bukan bermotifkan keuntungan di Phoenix, Arizona.

Dr. Reiman adalah salah seorang pemimpin Inisiatif Pencegahan Alzheimer, yang telah mengumumkan rancangan untuk memulakan percubaan pencegahan pertama kali pada individu yang sihat tetapi secara genetiknya berisiko tinggi untuk menghidap Alzheimer.

Penyelidikan ini dilakukan dengan kerjasama Institut Kesihatan Nasional, Universiti Antiochia di Colombia, dan syarikat bioteknologi Genentech. 

Para penyelidik akan menguji ubat anti-amyloid baru untuk melihat jika ia boleh melambatkan serangan penyakit itu. Terdapat beberapa ubat-ubatan di pasaran yang mensasarkan plak amiloid dalam otak, yang dikatakan menjadi punca utama penyakit Alzheimer.

YARUMAL YANG TERLETAK DI BANDAR ANTIOQUIA, COLOMBIA
PENYELIDIKAN TENTANG PENYAKIT NYANYUK DIJALANKAN DI YARUMAL
PENYAKIT ALZHEIMER DIBERIKAN RAWATAN KHAS




No comments:

Post a Comment