expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 January, 2015

BAWA MOTOR 2 JAM KE HOSPITAL DENGAN PISAU TERLEKAT DI KEPALA


Seorang lelaki telah melakukan satu percubaan berani mati yang paling menakjubkan bagi tahun 2014 selepas dia mambawa motorsikal selama 2 jam ke hospital dengan pisau yang melekat di kepalanya.

Juacela Nunes membawa motorsikal ke hospital terdekat dengan sebilah pisau sepanjang 30cm tertanam di kepalanya selepas ditikam semasa berada di sebuah parti



Paling menakjubkan adalah walaupun begitu hampir pisau tersebut tidak terkena pada matanya dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius.

Selepas membawa motorsikal sejauh 60 kilometer ke hospital di Teresina, Brazil, Juacela masih berada dalam keadaan sedar ketika doktor mengeluarkan pisau tersebut dari kepalanya, walaupun dia turut mengalami luka tikaman di dada dan lehernya semasa serangan berkenaan.

Polis percaya serangan ke atas Juacela itu telah dirancang oleh kumpulan tertentu, namun dia sendiri mendakwa bahawa dia tidak dapat mengingati yang dirinya telah ditikam.

"Saya tidak nampak waktu saya ditikam, tetapi yang pasti saya tidak pengsan dan masih dalam berada dalam keadaan sedar walaupun mengalami kesakitan," jelas Juacela.

Isteri Juacela menganggap keadaan suaminya sebagai satu 'keajaiban', manakala doktor berkata dia kini sedang pulih dan keadaannya yang baik adalah amat menakjubkan.

JUACELA KINI BERADA DALAM KEADAAN STABIL

No comments:

Post a Comment