expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 January, 2015

DOKTOR KELUARKAN BOTOL AIR KENCING DARI DUBUR LELAKI


Doktor merupakan golongan yang sangat dihormati dalam masyarakat, tetapi kadang-kadang kerja mereka benar-benar mengeri dan menjijikkan.

Sebagai contoh seorang doktor di Vancouver yang baru-baru ini terpaksa mengeluarkan botol air kencing dari dubur seorang lelaki.

Pesakit malang itu mengakui dia telah memasukkan sampel air kencing  yang 'bersih' milik rakannya ke dalam duburnya untuk digunakan bagi lulus ujian dadah.



Entah bagaimana dia yang seakan lupa akan pelan yang dibuatnya datang ke hospital dan mengadu akan sakit perut.

Doktor di Hospital St Paul membuat penemuan yang luar biasa dan berjaya mengeluarkannya, namun mereka mengakui penemuan tersebut telah menambah kepada senarai benda yang ditemui dalam rongga badan tertentu.

Dr Hin Hin Ko, yang mengeluarkan botol air kencing lelaki itu berkata dia melihat pesakit dengan barangan yang tersekat di rectum mereka sebanyak 2 atau 3 kali setahun.

Ini termasuklah  lobak merah yang didakwa seorang lelaki telah 'termasuk dan tersumbat di situ serta beberapa orang yang telah cuba untuk menyembunyikan dadah dalam tempat yang dirasakan paling selamat.

Bagaimanapun amalan ini tidak digalakkan kerana Dr Hin berkata perkara tersebut boleh mengakibatkan kerosakan dalaman yang boleh membawa kepada jangkitan serius.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN BAGI MENGELUARKAN BOTOL AIR KENCING TERSEBUT

No comments:

Post a Comment