expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

03 January, 2015

JANGAN TAK PERCAYA...INI MEMANG TANDAS DI SEBUAH STESYEN MINYAK!


Kotor, busuk dan memualkan. Ini mungkin antara senario biasa yang akan ditemui di tandas awam. Tandas yang kotor memang sudah menjadi kelaziman terutamanya bagi tandas di tempat awam seperti tandas di stesyen minyak.

Namun dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, kita akan dipelawa untuk melawat sebuah tandas di stesyen minyak Shell.Apa yang istimewa sangat sampai nak melawat tandas ni? Apa yang kita nak harapkan selain daripada aroma biasa sebuah tandas.

Rupa-rupanya dalam video tersebut, kita akan terpegun melihat sebuah tandas yang hanya terletak di sebuah stesyen minyak. 

Sebaik sahaja dibawa melangkah masuk ke dalam tandas, kita pasti terpesona dengan kecantikan dan kebersihan tandas ini. Ia kelihatan seperti satu karya menarik dengan hasil seni dan hiasan dinding, alunan muzik klasik serta buku-buku ringkas untuk dibaca semasa sedang 'berurusan' di dalamnya.

Menurut pengguna YouTube dengan gelaran 'bigsmilenoteeth' yang membuat mini dokumentari mengenai tandas istimewa ini, ia berbau harum, menakjubkan malahan lebih baik daripada keseluruhan apartmen beliau.

Kalau anda terasa ingin melihat sendiri kecantikan dan keindahan tandas ini, mungkin untuk sementara waktu anda perlu lupakan hasrat tersebut kerana ia terletak di salah satu garaj Shell di Filipina. 

Persoalannya, bilalah tandas-tandas awam di negara kita akan jadi seperti ini?



No comments:

Post a Comment