expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 January, 2015

(VIDEO: PELAJAR CHINA CABAR REKOD SKIPPING PUNGGUNG


Skipping merupakan satu jenis senaman popular yang paling mudah mengeluarkan peluh. namun tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan butt skipping atau skipping punggung?

Butt skipping ini aksi skipping dengan melantun ke atas dan ke bawah menggunakan punggung semasa tali skipping dipusing ke bawah punggung.



Sukan ini agak kurang dikenali namun kini telah menjadi terkenal di selatan timur Asia sejak seorang atlet Jepun mencipta rekod dunia pada tahun 2006.

Kini, seorang pakar gimnastik dari China bernama Yi Zhihua telah mencabar rekod berkenaan dan mahu merampas gelaran dunia tersebut.

Yi yang merupakan pelajar universiti Chongqing berusia 20 tahun kini berazam untuk mengatasi rekod dunia sebanyak 166 butt skips dalam seminit dan berkata dia hampir mencapainya semasa latihan.

"Saya kini telah berjaya sehingga 152 per minit. Untuk melakukannya, anda perlu mengatasi halangan kesakitan kerana selepas latihan punggung anda akan berasa kebas namun selepas itu anda pasti akan mampu mencapai sasaran yang diingini," jelas beliau.

"Saya cukup pasti saya akan memecahkan rekod dunia dalam tempoh seminggu dan akan memulakan tahun baru ini sebagai juara dunia." tambahnya lagi.




No comments:

Post a Comment