Posted on Friday,
April 18 @ 11:53:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Menteri Besar
Negeri Sembilan naik angin satu badan apabila "Tawaran" nak jual air terawat 20
juta gelen ke Selangor ditolak secara baik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ini bezanya antara pemimpin berjiwa besar dengan pemimpin berjiwa kecil
mudah terasa dan teguris hati merajuk.
Tan Sri Khalid Ibrahim menolak
pelawaan Mohamad Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana jumlah itu terlalu
kecil, taraf celah gigi ... lagi pun Negeri Sembilan pun menghadapi masalah
membekalkan air bersih terawat kepada rakyatnya .. bukankah lebih baik jaga dan
bela rakyat sendiri dari nak tunjuk jaguh dan perihatin nasib rakyat negeri
lain?
Bila ditolak "pelawaan itu" merajuk macam budak-budak tuduh Tan Sri
Khalid Ibrahim sombong ... lepas itu siap ugut pula .. lain kali kalau nak minta
bantuan mampos dia tidak akan tolong .. pulak dah!!!!! .. Ini jelas membuktikan
perangai sebenar pemimpin UMNO berjawatan sebagai Menteri Besar Negeri
Sembilan.
Jika dia seorang pemimpin berjiwa besar dan perihatin rakyat ..
jika negeri jiran mohon bantuan tidak sebanyak sedikit berikan bantuan ... itu
baru dinamakan pemimpin... Pahang pun ada masalah air begitu juga Melaka ...
mengapa negeri-negeri ini tidak ditawarkan bantuan sedangkan negeri-negeri ini
diperintah oleh UMNO/BN????? ... jadi jelaslah tiada niat murni sekelumit pun ..
persepsi cuba nak ambil kesempatan batuan politik ... itu saja .. bila tidak
menjadi maka apa lagi .. meroyan, melatah, berang, merajuk dan naik angin satu
badan.
SEREMBAN – "Jangan sombong
sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk
Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri
itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu
menangani krisis air di negeri itu.
Menurut Mohamad, Negeri Sembilan
tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau
kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin
meruncing.
"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita
tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.
“Saya bagi
tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa
angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat
terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.
Menurutnya, setakat
ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada
mana-mana negeri yang memerlukannya.
“Saya boleh beri apa yang kita ada.
Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh
negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana
tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan
perlu," katanya di sini, semalam.
Mohamad berkata, beliau hanya mahu
membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu
secara keseluruhan.
“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya
pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta
bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah
tertutup," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad
berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan
Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua
negeri berkenaan.
Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual
air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan
Air Ngoi-Ngoi.
Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan
Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk
menyelesaikan krisis air di Selangor.
“Jumlah 20 juta gelen air itu
sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.
No comments:
Post a Comment