expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

20 April, 2014

Penghargaan Hollywood pada nama Muhammad

Posted on Sunday, April 20 @ 12:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 
Muhammad Ali di Walk of Fame. istimewa ©2014 Merdeka.com
Walk Of Fame, sebatang jalan tersohor di bilangan industri filem Amerika Seyarikat Hollywood, menjadi salah satu destinasi pelancungan baik pelancung tempatan dan luar negara yang datang ke Negara Amerika itu. Sederet nama selebriti asal negara itu diabadikan di sepanjang jalan dengan latar gambar bintang.

Namun ada pemandangan berbeza ketika melintasi Bangunan Kodak Theatre di wilayah itu. Sebuah nama selebriti diabadikan dan satu-satunya berada di dinding, bukan di jalan yang pijak-pijak kaki pendatang. Nama itu milik peninju legenda Amerika, Muhammad Ali.

Nama Ali mula dipamir pada 11 Januari 2002. Dia satu-satunya nama memecah tradisi Walk of Fame yang berada di Jalan Highland Avenue yang diletakkan di dinding Jalan Hollywood Boulevard 6801 (Kodak Theater).

Bukan tanpa alasan nama Ali ada di dinding. Ini atas permintaannya kerana dirinya menletakkan nama Muhammad, nabi terakhir dipercayai menyebarkan Islam sebagai agama bagi seluruh umat manusia. "Saya tidak mahu orang lain tidak menghormati Muslim dan memijak-mijak nama Muhammad sembarangan. Lebih baik tak mendapat anugerah ini dibanding mereka tidak menghargai Muhammad," ujar Ali saat itu seperti yang dilaporkan oleh surat khabar the Guardian (11/1/2002).

Ali memang mengubah keyakinannya menjadi Islam pada 1964 dan juga menukar nama sebelumnya iaitu Cassius Clay. Muhammad bagi Ali merupakan junjungan dia yakini mengajarkan kebenaran dan cahaya Islam, jadi dia tidak mungkin membenarkan orang lain memijak nama suci itu.

Ali satu-satunya peninju kelas berat yang mampu mempertahankan gelaran kejohanan tinju tiga kali berturut-turut. Menurut catatan pelbagai dokumen, gerakan Ali ringan bagai rama-rama namun ketika memukul lawan dia seperti lebah yang menyengat begitu dahsyat.

Dia sudah bersara sangat lama namun belum ada satu pun peninju mampu menyaingi prestasinya di dalam sukan itu. Dia pernah dinobatkan sebagai peninju sepanjang masa oleh majalah berprestij khusus tinju, Ring.

Ali mewariskan bakat tinju kepada anaknya, Laila. Sama dengan ayahnya, Laila bercita-cita menjadi wanita muslim pertama yang menjadi juara tinju dunia.

Terjemahan ringkas dari
Merdeka.com

No comments:

Post a Comment