Posted on Sunday, April 20 @
18:40:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Salahuddin dan Suhaizan ketika bertemu Humza (dua dari
kiri) di pejabat beliau di Scotland.
KUALA LUMPUR: Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang
sedang dalam lawatan kerja ke United Kingdom mengadakan perbincangan dengan
Menteri Hubungan Luar dan Pembangunan Antarabangsa Scotland, Humza
Yousaf.
Pertemuan selama satu jam itu turut dihadiri Pengerusi PAS
Representative Council (PRC UK), Jubri Bade.
Dalam perjumpaan di The
Scottish Goverment itu, Humza menjelaskan perjuangan Scotland untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada British.
Menurut beliau, satu pungutan referendum
rakyat Scotland akan dilaksanakan pada September 2014 bagi meninjau pandangan
rakyat sama ada mahukan kemerdekaan atau kekal di bawah kuasa
British.
Humza ialah pemimpin Scottish National Party
(SNP).
Menurut beliau, berdasarkan tinjauan pendapat yang diusahakan oleh
SNP, sokongan terhadap tuntutan kemerdekaan telah meningkat daripada 36% kepada
47%.
SNP ujarnya menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada
British.
Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan Scotland
untuk membenarkan referendum dilaksanakan.
Jika referendum ini berjaya,
Scotland diberi masa 18 bulan untuk persiapan kemerdekaan.
Antara isu-isu
yang hangat dibincangkan menjelang referendum adalah penggunaan matawang pound
kerajaan British.
"Kerajaan British tidak membenarkan Scotland yang
merdeka menggunakan mata wang British. Scotland yang merdeka juga tidak menjadi
ahli Kesatuan Eropah (EU).
"Permohonan untuk masuk EU akan berhadapan
dengan bantahan daripada British," jelas Suhaizan.
Walaubagaimana pun SNP
berkeyakinan penuh bahawa pendapatan hasil negeri daripada sumber petroleum,
pertanian, penternakan dan lain-lain akan membolehkan Scotland mampu mentadbir
negaranya sendiri, anggota pasukan polis dan tentera akan diberi pilihan sama
ada mahu berkhidmat dengan Scotland yang merdeka ataupun kekal bersama
British.
"Menariknya SNP diberi hak untuk mempromosi agenda kemerdekaan
mereka dalam media arus perdana British. Sesuatu yg tidak berlaku dalam negara
kita," kata Suhaizan.
No comments:
Post a Comment