Betapa mulianya wanita ini. Dia sanggup memaafkan pembunuh anaknya, sekali gus menyelamatkan lelaki berkenaan beberapa saat sebelum digantung.
Aksi berkenaan ditonton oleh orang ramai dan tindakan wanita itu yang memaafkan lelaki tersebut, ketika saat-saat akhir hayatnya, mendapat pujian ramai.
Wanita itu sanggup naik ke tempat hukuman itu dijalankan, lalu menampar
pipi lelaki tersebut dan kemudiannya memilih untuk memaafkannya.
Dia kemudiannya membuka tali yang melilit Balal dan melepaskannya daripada
hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas Balal kerana menikam anak
lelaki wanita itu yang berusia 18 tahun, tujuh tahun lalu.
Menurut bapa mangsa, Abdolghani Hosseinzadeh, isterinya itu menukar
fikiran selepas bermimpi arwah anak mereka, beberapa hari sebelum hukuman itu
dijalankan.
“Dalam mimpi itu anak saya memberitahu ibunya bahawa dia berada di
tempat yang baik dan memintanya supaya tidak membalas dendam,’’ kata
Abdolghani.
Sejak mimpi itu, katanya, isterinya telah berfikir dan kemudian mengambil keputusan memaafkan Balal.
Abdolghani Hosseinzadeh juga yakin bahawa Balal tidak berniat membunuh anaknya.
“Anak saya telah menendang Balal dan pada masa sama Balal telah
mengeluarkan pisau dari stokinnya. Balal tidak tahu mengendalikan pisau. Dia
sungguh naif,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment