1) Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.(2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00
pagi
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah
saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat
dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Drp Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah
akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu
Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha
dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas
lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan
menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha
kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan
seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang
dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat)
penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu
kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Tatacara menunaikan solat Dhuha:
1. Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha
dua rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Membaca Surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Asy.Syamsu pada rakaat pertama atau cukup dengan membaca Qulya jika tidak hafal surah Asy.Syamsu.
4. Membaca Surah Adh-Dhuha pada rakaat kedua atau cukup dengan membaca surah Qulhu jika tidak hafal surah Adh-Dhuha.
5. Rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua
sujud, tasyahud dan salam adalah sama seperti tatacara perlaksanaan solat
fardu.
6. Menutup solat Dhuha dengan doa. Inipun bukan sesuatu yang wajib , hanya saja berdoa adalah kebiasaan yang sangat baik dan dianjurkan sebagai tanda penghambaan diri kepada Allah swt.
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada
Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan
kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan
ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa :
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu
dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi
keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka
permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu,
berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu
kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
Amalkan lah setiap hari..insyaallah






No comments:
Post a Comment