expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

05 June, 2014

DIPUKUL SAMPAI MATI SEBAB MENIRU KERJA SEKOLAH





BEIJING: Gara-gara meniru kerja sekolah rakannya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11tahun dipukul oleh bapanya sehingga mati. Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak malang berkenaan mengarahkan anaknya untuk melutut, mengikat tangannya lalu memukulnya. Sejurus selepas itu, bapa kanak-kanak itu membawanya ke hospital setelah menyedari kanak-kanak itu tidak bernafas lagi. Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu mati keesokan harinya.

Doktor Hospital Hangzhou menemui kesan lebam dan kecederaan pada leher dan belakang kanak-kanak itu di mana ia menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dicekik selama lebih dari 5 minit. Kejadian itu merupakan kes penderaan kanak-kanak terkini di China yang telah mendapat perhatian meluas daripada umum.

Terdahulu sebelum itu, foto seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Guangdong yang telah didera oleh ibu tirinya tersebar meluas di laman sosial. Kes itu menarik minat orang ramai yang mahukan undang-undang yang lebih tegas dibuat terhadap kes penderaan kanak-kanak.

Ibu bapa di China seringkali memberi penekanan yang tegas terhadap persekolahan anak-anak mereka dan tinjauan yang dibuat meletakkan kesalahan itu terhadap sistem pendidikan mereka yang berorientasikan peperiksaan dan beban tugasan yang begitu membebankan pelajar. Ini terbukti apabila seorang remaja 13 tahun di daerah Jiangsu menggantung diri setelah gagal menyiapkan kerja sekolahnya.
 
Edited by
Farahhasina

No comments:

Post a Comment