Satu kejadian menggemparkan berlaku di Indonesia apabila seorang bidan terkejut ketika menyambut kelahiran bayi seorang wanita yang berupa seekor cicak tokek. Dia yang menyambut kelahiran berkenaan benar-benar terkejut kerana kelahiran cicak itu adalah di luar jangkaannya.
'Bayi' cicak itu dilahirkan normal dengan diselaputi lendir dan darah oleh seorang wanita yang hamil. Ketika bidan muda itu bersedia menyambut kelahiran berkenaan, dia hanya mendapati seekor cicak tokek yang keluar di antara kaki wanita itu ketika bersalin.
Kelahiran cicak berkenaan benar-benar di luar jangkaan kerana wanita bernama Debi Nubatonis itu mengalami semua tanda-tanda normal ibu mengandung sepanjang lapan bulan kandungannya.
Walaupun bagi sesetengah pihak, berita ini kedengaran seolah-olah suatu jenaka atau penipuan, pihak berkuasa Indonesia memandang serius akan perkara ini dan telah menjalankan siasatan rasmi berkenaan kejadian itu.
Hasil dari siasatan yang dijalankan, wanita berkenaan yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak yang normal sebelum ini telah mengalami 'pseudocyesis' atau kehamilan misteri dengan rahim kosong. Sesetengah pihak melaporkan bahawa jiran-jiran Nubatonis mendakwa bahawa wanita itu dan ahli keluarganya merupakan pengamal ilmu sihir.
Walau bagaimanapun Ketua Pegawai Perubatan di Bandar Kupang, Indonesia, yang diminta mengulas telah membuat kenyataan mempertikaikan dakwaan tersebut.
Menurutnya cerita kelahiran cicak tokek ini mungkin hanya satu penipuan kerana setakat ini tiada kelahiran anak daripada spesies lain oleh seorang manusia pernah dilaporkan dalam bidang Sains.
Edited by;
Farahhasina
Farahhasina



No comments:
Post a Comment