expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 June, 2014

WANITA YANG MENGAHWINI PATUNG




Kisah ini mungkin merupakan antara kisah yang sangat pelik, namun inilah yang benar-benar terjadi. Seorang wanita bernama Suzanne Heintz menghabiskan setiap detik dalam hidupnya dengan kelurga patung yang dibinanya sejak 14 tahun yang lalu. Suzanne Heintz merupakan pengarah seni di Starz Entertainment Group di Englewood, Colorado. Suzanne mempunyai suami dan seorang anak patung.

Sudah lebih 16,000 kilometer perjalanan di seluruh Amerika yang dilakukannya dengan membawa potret keluarga patungnya dalam satu projek digelar 'Life Once Removed'. 'Suami' patungnya ialah Chauncey manakala 'anak perempuan'nya ialah Mary Margaret.

Bosan kerana asyik ditanya soalan untuk berkeluarga, dia membuat keputusan untuk 'membeli' sebuah keluarga. Sejak itu dia kerap bergambar bersama mereka dengan mukanya yang gembira mencerminkan kebahagiaannya berkeluargakan patung.

Menurut Suzanne, tugas mengambil gambar keluarga bukanlah mudah dan menurutnya, bagi setiap sesi, dia akan mengambil sebanyak 300 hingga 500 keping gambar yang akan memakan masa berjam-jam lamanya.

Katanya lagi, orang ramai memberikan pelbagai reaksi dengan tindakannya itu. Ada yang terkejut, seronok dan tidak kurang juga yang tidak henti ketawa.

Terdapat sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan hidup Suzanne bersama patung-patung dalam keluarganya iaitu Playhouse.
Keluarga bahagia; Suzanne Heintz dan Chauncey bersama anak mereka Mary Margaret


Suzanne dan Chauncey sentiasa meluangkan masa bersama

Suzanne ketika menerima lamaran daripada Chauncey

Suzanne Heintz dan Chauncey dalam gambar majlis perkahwinan mereka

Suzanne Heintz juga tidur bersama suami patungnya setiap hari

Keluarga patunng Suzanne sentiasa bersamanya saat susah dan senang
Edited By
Farahhasina

No comments:

Post a Comment