Mungkin disebabkan terlalu tertekan kerana keinginannya seringkali tidak dipenuhi, seorang suami telah membuat senarai terperinci kekerapan isterinya menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Namun, keputusannya membuat senarai itu seolah-olah memakan diri selepas isterinya yang tidak berpuas hati, memuat naik senarai tersebut secara online.
Senarai tersebut telah disediakan oleh si suami apabila isterinya yang juga seorang pengguna Reddit dengan nama 'throwwwwaway29', telah memberitahu bahawa dia akan keluar untuk urusan perniagaan selama 10 hari.
Beliau merasakan pemergian isterinya itu sebagai satu peluang untuk menyatakan segala yang terbuku di hati dan menulis senarai yang menunjukkan bahawa mereka hanya melakukan seks sebanyak tiga kali dalam hampir dua bulan.
Senarai itu turut mengandungi maklumat terperinci tentang alasan-alasan yang diberikan isterinya setiap kali menolak seks dengannya.
"Suami saya menghantar email yang sangat kebudak-budakan dan menimbulkan kemarahan semasa saya sedang memandu ke lapangan terbang untuk lawatan kerja selama 10 hari," tulisnya pada Reddit.
"Ia merupakan satu bentuk serangan kata-kata sindiran yang pada dasarnya menyatakan bahawa dia tidak akan merindui saya selama 10 hari saya pergi. Menurut senarai yang dibuatnya, kami hanya mengadakan hubungan seks 3 kali dalam tempoh 7 minggu daripada 27 kali permintaannya," jelas wanita itu lagi.
Suaminya telah menyenaraikan sebab-sebab si isteri menolak untuk melakukan seks termasuklah dia perlu mandi dan menonton rancangan tv kegemarannya serta melengkapkan senarai itu dengan sebab-sebab mengapa dia tidak berpuas hati dengan alasan isterinya.
Tidak dapat dipastikan apa yang cuba dilakukan oleh lelaki ini dengan membuat senarai seupama itu, namun mungkin juga dia punya misi tersendiri terhadap isterinya itu.
No comments:
Post a Comment