25 July, 2014
BUAYA BAHAM BUAYA
Seorang nelayan di Australia berjaya merakamkan gambar seekor buaya air masin sepanjang lima meter yang dilihat membaham seekor buaya lain sepanjang tiga meter di Kepulauan Tiwi, di sini pada Sabtu lalu.
Nelayan tersebut, Warren Smith yang berada pada kedudukan 10 meter dari tempat kejadian berjaya menangkap gambar reptilia ganas itu.
Semasa kejadian, Smith yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong berada bersama sekumpulan pemancing di situ.
Menurutnya, dia mengambil kamera dan merakamkan kejadian tersebut sejurus selepas melihat buaya yang lebih kecil itu berada di dalam rahang buaya besar berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment