expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 July, 2014

NEGARA RATAPI PEMERGIAN SEBUTIR PERMATA BERNILAI

 DATO' SHARIFAH AINI (2 JULAI 1953 - 5 JULAI 2014)

Dunia hiburan tanah air masih lagi bersedih atas pemergian sebutir lagi permata berharga negara iaitu biduanita Dato' Sharifah Aini. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kuala Lumpur pada 5 Julai 2014. 

Banyak hati yang sedih dan pilu atas kembalinya Dato' Sharifah Aini ke rahmatullah. Selain peminat, orang-orang kenamaan dan rakan artis turut berkongsi perasaan hiba mengenang allahyarhamah yang begitu banyak berjasa dalam industri senia suara tanah air. 

Berikut adalah sebahagian ucapan dan luahan hati beberapa orang penting dan rakan artis yang dikongsi di laman sosial.







Dalam kesedihan dan kehibaan mengenang allahyarhamah, rupa-rupanya Allyahyarhamah juga banyak meninggalkan wasiat dan pesanan terakhir pada peminat dan individu-individu yang rapat dengannya. Berikut adalah petikan pesanan terakhir allahyarhamah buat semua peminatnya. Mari kita jadikan pedoman dan iktibar.

Semoga roh allahyarhamah Dato' Sharifah Aini dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan oarang-orang yang beriman. Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment